Sebagai sejenis model perdagangan, industry francais China berkembang pesat pada beberapa tahun ini dan telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi China. Setakat penghujung tahun 2008, jumlah keseluruhan perdagangan francais di China telah mencatat 300,000 jenis, menduduki tempat pertama di dunia. Ini mencerminkan kemakmuran insudtri francais di China.
Sejak tahun 1999, Ekspo Francais China telah Berjaya diadakan sebanyak 12 kali dan beransur-ansur menjadi pameran yang paling berpengaruh dan paling berkesan untuk mencari peluang perdagangan francais di China. Pameran selama tiga hari akan menarik lebih 30 ribu pelabur perseorangan dan pertubuhan datang untuk mencari peluang perdagangan dan mempelajari konsep yang baru.
Untuk bersesuaian dengan pembesaran skala pameran, Ekspo Francais China 2012 akan diadakan di Pusat Konvensyen Negara China untuk menyediakan kemudahan dan persekitaran yang lebih baik kepada para peserta dan para pelawat. Pusat Konvensyen Negara China pernah memainkan peranan penting dalam Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Ia berhampiran dengan Sarang Burung dan Kuib Air yang sudah menjadi sangat terkenal di dunia. Ekspo kali ini akan menjadi permulaan baru bagi perkembangan industri francais China pada masa depan.